Saturday, July 2, 2016

Review Lion Cut

Saya mendapat tahu tentang lion cut selepas mem-follow page Mok & Mumu. Dulu saya sangkakan gaya cukuran tu cuma fesyen.

Saya lion cut-kan Nayla semasa hantarnya ke boarding. Caj yang dikenakan pemilik kedai ialah mengikut saiz kucing (kedai lain mungkin caj berbeza). Kalau tak salah, kitten ialah RM35 manakala adult cat ialah RM40. Tapi semasa mengambilnya, kami dapati caj yang dikenakan lebih rendah. Mungkin sebab bulunya jenis pendek.

Apa perbezaan sebelum dan selepas lion cut?




Paling ketara yang kami lihat ialah bulu Nayla menjadi lebih lembut. Sama macam rambut yang dicukur, rambut baru yang tumbuh rasa lebih lembut.

Yang kedua, bulunya semakin kurang gugur bila disikat. Mungkin jumlah yang gugur sekarang 10% saja daripada yang dulu. Di perabot dan lantai pun dah jarang nampak bulunya.

Kesimpulannya jumlah pelaburan yang saya keluarkan adalah amat kecil berbanding kebaikannya. Saya sangat berpuas hati.

Dan daripada pembacaan  saya, kucing-kucing berikut juga digalakkan untuk lion cut:
• kucing berbulu panjang
• kucing yang tidak pandai merapikan diri.

No comments:

Post a Comment