Saturday, July 16, 2016

Selamat ulang tahun Nayla!

Kata orang "to others cats are only cats, but to cat lovers they are family members"

Hari ni kami sambut ulang tahun pertama cik Nayla. Masa ambil dia Disember tahun lepas, owner shelter kata umurnya 5 bulan. Lepas dicongak bulan kelahirannya ialah Julai.

Jadi tadi di pasar beli udang sikit, buat kek untuk "budak dah besar". Mujur tengah hari memang waktu tidur dia, tak ada lah yang mengacau proses buat kek tu. Lepas tu DIY kad dengan barang yang ada, siap.

Mata tak boleh fokus bila ada bau udang

~ Nayla turns one ~

No comments:

Post a Comment