Saturday, May 14, 2016

Kekerapan Memandikan kucing

Kucing ialah haiwan pembersih. Untuk pastikan tubuh mereka sentiasa bersih, mereka mandi berkali-kali dalam sehari. Pernah tak bilang dalam sehari berapa kali kucing anda mandi?

Walaupun Nayla mandi lebih sepuluh kali dalam sehari, saya tetap adakan rutin untuk mandikannya hehe...
Muka masam, kuku kembang. Macam wolverine.



Kekerapan memandikan kucing berbeza atas beberapa faktor. Contohnya kucing yang berbulu lebat dan tidak pandai menjaga kebersihan diri perlu dimandikan lebih kerap berbanding yang rajin self-grooming. Kucing bapa mertua saya berbulu lebat dan putih, kadang-kadang lepas seharian main di luar bulunya jadi sangat comot dan perlu dimandikan.

Sama juga halnya bagi kucing yang berbulu pendek tapi malas mandi, tuannya lah yang kena ambil alih tugas membersihkannya.

Kucing yang kurap juga dinasihatkan untuk dimandikan dengan kerap. Dulu Nayla pernah diserang kurap semasa di shelter, selepas dibawa berjumpa vet saya diberikan ubat sapu dan dinasihatkan memandikan Nayla. Saya mandikannya setiap minggu (di samping sapu ubat) dan nampak perubahan ketara.

Bagaimana nak memandikannya? Terpulanglah pada anda sama ada mahu mandikan sendiri atau bawa kucing ke pusat grooming.

No comments:

Post a Comment