Supaya kucing anda aktif, sediakan beberapa mainan untuknya. Di kedai haiwan ada beberapa pilihan dan kalau kedai itu specialist untuk kucing, ada lebih banyak mainan yang anda sebagai tuan pun mungkin teringin nak main!
Anda yang sukakan DIY boleh menghasilkan sendiri mainan untuk kucing. Nayla lebih suka bermain dengan bahan terpakai jadi kami buat sendiri saja mainan-mainannya.
Dua mainan yang paling disukainya ialah tali dan bola. Bola plastik berwarna-warni dan berloceng dipandang sepi, bola kertas saja dikejar. Mungkin sebab bola kertas lagi senang digigit. Setiap hari kami perlu buatkan bola baru dengan kertas kitar semula. Selalunya bola tu berakhir di bawah peti ais.
Tali yang Nayla suka ialah yang tebal. Kami beli di Popular pada harga RM1.30 untuk beberapa meter. Semua mainan dan barang keperluannya saya simpan di dalam kotak pink itu.
Jika anda seorang yang kreatif dan sukakan DIY, membuat mainan seperti gambar di bawah pasti mudah saja.
Kucing yang aktif dapat membakar lebih banyak lemak berbanding yang pasif. Mereka akan terhindar daripada obesiti dan seterusnya merendahkan kemungkinan mendapat penyakit.

![]() |
Gambar dari Supercoolcats.com |
Kucing yang aktif dapat membakar lebih banyak lemak berbanding yang pasif. Mereka akan terhindar daripada obesiti dan seterusnya merendahkan kemungkinan mendapat penyakit.
No comments:
Post a Comment