Wednesday, June 8, 2016

Melatih Kucing Bandar di Kampung

Memandangkan tiap-tiap bulan kami balik ke kampung maka kami putuskan untuk latih Nayla kenal selok-belok kampung supaya tak tersesat.

Apa yang kami lakukan?

Pagi pertama Nayla balik kampung kami tutup semua tingkap dan pintu supaya tiada "escape door" untuknya. Kami biarkan Nayla meneroka ruang dalam rumah dan hafal setiap sudut.

Petangnya barulah Nayla dibenarkan keluar, dengan pantauan. Kami lepaskannya berlegar-legar di halaman rumah, bila Nayla merayau hampir ke rumah jiran kami panggil namanya dan Nayla berpatah balik. Panggilan ini ialah serampang dua mata; untuk memberitahu sempadannya dan untuk melatihnya balik ke rumah apabila dipanggil.

Keesokan paginya kami berikan ujian; kami lepaskannya tanpa pantauan untuk melihat sejauh mana kejayaan latihan sebelumnya. Sesekali Nayla berlari-lari masuk dan mengiau, seolah-olah "reporting progress" dan membuat pusingan U keluar semula. Tengah hari itu kami panggil namanya, selepas 2 panggilan Nayla muncul di depan pintu.

Latihan berjaya! 

Ujian dah lulus maka Nayla boleh keluar rumah tanpa perlu dipantau lagi.

Satu hari lepas terdengar namanya dipanggil Nayla berlari balik, entah macam mana sampai terjatuh longkang. Hehe... Mujur air sikit, bahagian tapak kakinya saja yang basah.

Cats are smart, we can train them.


Cuma, Nayla ni kecil jadi saya pasangkan rantai berloceng untuk memudahkan kami mengesan di mana budak oren ni berada semasa di kampung. 

No comments:

Post a Comment