Dulu saya pernah tertanya-tanya kenapa kucing saya suka mencakar kusyen kami. Dari sofa sampai tempat duduk motor, semuanya ada "tandatangannya".
Baru-baru ini saya buat carian di Google dan saya temui jawapannya; mencakar ialah cara kucing mengasah kuku dan menanggalkan kuku yang lama.
Kucing yang selalu keluar boleh mencakar di batang pokok tapi untuk indoor cats mereka tiada pilihan selain perabot. Untuk mengelakkan perabot kesayangan (baca: mahal) anda rosak, sediakan scratching post.
![]() |
Sumber: northernilcatclinic.com |
Ada banyak pilihan di pasaran, ada yang diperbuat daripada tali dan ada daripada kertas. Ada berbentuk menegak dan ada yang mendatar. Semasa memilih lihat juga saiznya, scratching post yang terlalu rendah menyebabkan kucing tidak selesa kerana perlu membongkokkan badan.
Scratching post premium selalunya mempunyai fungsi tambahan contohnya sebagai tempat tidur. Jenis ini dipanggil cat tree. Harganya lebih mahal tetapi berbaloi kerana dapat bertahan untuk jangka masa panjang. Kucing yang aktif pasti gembira mendapat cat tree kerana boleh bermain dan memanjat.

No comments:
Post a Comment