Hari pertama dibawa balik ke rumah, Nayla berada dalam keadaan separuh sedar. Mata hitamnya besar walaupun dalam cahaya terang dan dia tak boleh berdiri dengan betul.
Kami masukkannya ke dalam sangkar yang telah dilapik dengan kain batik supaya luka pembedahan tidak terkena besi sangkar. Sangkar kami letakkan di kawasan orang lalu-lalang supaya mudah untuk kami pantau perkembangannya.
Minuman cuma diberi lepas pukul 10 malam, atas nasihat vet. Tapi Nayla tak usik pun air tu, kesan ubat pelali masih ada.
Keesokan paginya dia semakin lemah sebab dah lebih 24 jam tiada makanan dan minuman yang masuk ke dalam badannya.. Air yang kami sedia tak disentuh langsung. Jadi untuk rehidratkan semula, saya buat secara paksaan. Saya dongakkan kepalanya, suap 3 sudu besar air dan dia terpaksa telan. Tengah hari itu kelihatan Nayla semakin segar.
Petangnya saya ulang suapan air, masih dalam mode berhati-hati supaya luka pembedahan tak terjejas. Saya berikan makanan basah tapi Nayla tak pandai makan maka saya rebus sedikit ikan bilis, tumbuk halus dan suap ke mulutnya.
Hari ketiga kami balik ke Pulau Pinang. Nayla kami kurung dalam sebuah bilik kecil untuk mengurangkan pergerakannya. Semua perabot dikeluarkan supaya dia tak boleh memanjat. Masa ni dia sudah mula menjamah kibbles dan air.
Setiap hari kami cuci kawasan pembedahan dengan kapas yang dicelup iodin. Ubat makan yang vet bagi pun dipatuhi waktu makannya.
Masuk hari keempat dia sudah semakin aktif, sudah mula mandi juga. Saya pasangkan kon di leher (saya beli saiz kitten kerana badan Nayla kecil) kerana dia cuba tarik keluar benang jahitan.
![]() |
Pakai kon pun masih nakal |
Ada sedikit bengkak yang mengeras di kawasan jahitan. Mengikut bacaan saya jika bengkak itu tak bergerak dan tiada cecair yang keluar, itu cuma reaksi normal tubuhnya terhadap benang. Jadi saya biarkan saja. Tetapi kalau anda risau, saya cadangkan bawalah kucing anda berjumpa dengan vet.
Lepas 20 hari lukanya sembuh sepenuhnya, barulah dia dibebaskan daripada bilik kecil tu.
No comments:
Post a Comment