Tuesday, August 16, 2016

Tips: Hapuskan Kutu Kucing

Kutu ialah parasit yang menyerang hampir semua kucing, anda tak perlu risau jika menemui kutu di badan kucing anda. Sama seperti kutu manusia, kutu kucing cepat membiak dan membentuk koloni yang menghisap darah.

Ada dua cara untuk menghapuskan mereka; rawatan klinikal dan do-it-yourself. Jika kutu terlalu banyak, rawatan klinikal adalah yang terbaik.


Semasa mula-mula menjaga Nayla, badannya berkutu tetapi tak banyak, sekitar 10 ekor saja. Jadi saya buang sendiri kutu-kutu itu. Ini alat-alat yang saya gunakan; sikat kutu kucing dan selotep.

Saya sikat seluruh badannya dengan berfokuskan kawasan leher, dagu dan sekitar punggung kerana mereka suka sembunyi di situ. Lepas setiap stroke (sisiran) saya periksa sikat, jika ada kutu cepat-cepat saya cabut dan letak di selotep. Ini penting untuk mengelakkan kutu tu lompat ke tempat lain. Dalam tempoh seminggu badan Nayla bebas kutu! 

Seka balik dari kampung pun sesekali ada kutu di badannya sebab Nayla suka merayau di sana. Jadi setiap kali balik ke rumah saya gunakan lagi teknik ini.


No comments:

Post a Comment