Saturday, November 5, 2016

Kenapa Leash?

Untuk kucing yang tinggal di rumah comel seperti flat dan apartment, ruang bermain agak terhad, mereka boleh dibawa berjalan-jalan di luar rumah untuk mengambil angin. Sesi jalan-jalan juga baik untuk senaman bagi kucing yang menghabiskan banyak masa di dalam rumah (indoor cats).

Daripada hasil bacaan saya, indoor cat lebih selamat dipakaikan leash (tali yang diikat di leher mereka) ketika di luar rumah. Leash berfungsi:
  • Membantu pemilik mengawal pergerakan kucing. Kucing yang jarang keluar mungkin excited atau resah bila di luar, memungkinkan mereka lari dan sesat. Kali pertama bawa Nayla ke padang, dia lari ikut orang lain, habis nafas nak mengejar.
  • Menjaga keselamatan kucing. Contohnya waktu anda berjalan di tepi jalan raya ada lori membunyikan hon, kucing mungkin terkejut dan berlari ke tengah jalan. Leash dapat menghalang situasi seperti ini.
  • Mendisiplinkan kucing. Ini tujuan utama saya pakaikan leash pada Nayla sebelum keluar berjalan, saya mahu dia tahu bila leash diregangkan dia tak boleh pergi ke tempat itu. Contohnya seperti dalam video di bawah.

No comments:

Post a Comment