Sunday, January 1, 2017

Tandas Kucing

Atas permintaan kawan-kawan, post kali ni berkaitan tandas. Di mana kucing nak keluarkan sisa toksik mereka?

Secara amnya pemilik kucing ada 3 pilihan; latih kucing menggunakan alam semulajadi, menggunakan litter box atau ajar mereka menggunakan tandas rumah.



Kucing yang tinggal di rumah kampung atau taman boleh dilatih membuang najis di luar rumah. Yang peting ada akses untuk mereka mudah keluar-masuk, contohnya pintu dan tingkap. Ini dapat menjimatkan kos dan pemilik kucing tak perlu fikirkan tentang rumah yang berbau najis. Jika kucing tuan tak membuan di halaman rumah jiran, ia satu bonus, tak perlu pening dengan rungutan jiran!

Perkongsian tandas antara manusia dan kucing juga ada dipraktikkan. Kucing dilatih dari awal menggunakan training kit yang boleh dibeli di kedai haiwan peliharaan. Ini juga menjimatkan wang untuk jangka masa panjang, cuma satu kekurangannya jika rumah tuan cuma ada 1 tandas, situasi kurang menyenangkan mungkin berlaku ketika ada tetamu.

Dan yang terakhir; penggunaan litter box. Sebuah bekas yang diisi pasir buatan untuk membolehkan kucing mengambus semula selepas membuang najis. Fitrah mereka untuk mengambus dapat dikekalkan. Pasir tersebut akan mengurangkan bau dan menggumpal najis, memudahkan pemilik kucing "scoop" najis untuk tujuan pembersihan. Kekurangannya ialah pasir perlu dibeli, tapi pada kami ia tak membebankan, walaupun dibersihkan setiap hari sekampit pasir Nayla tahan 2 bulan. Peruntukan RM25 saja untuk 2 bulan.

Litter box

No comments:

Post a Comment