Saturday, May 7, 2016

Waktu Tidur Kucing

Kucing ialah haiwan nokturnal; mereka tidur pada waktu siang dan aktif selepas lewat petang. Waktu anda tersandar keletihan lah mereka mula mengajak anda bermain. Waktu malam jugalah mereka aktif memburu tikus dan cicak.

Sifat nokturnal ini menjadikan kucing sebagai "alarm semulajadi". Lepas letih meneroka dan bermain semalaman mereka akan kelaparan dan mula mengejutkan tuan mereka walaupun pada pukul 3 pagi. Anda ada dua pilihan sama ada pekakkan telinga ataupun bangun dan beri makanan.

Sumber: Google


Waktu tidur kucing boleh diubah melalui latihan. Salah satu caranya ialah jadualkan semula waktu makan malam mereka agar tidak cepat lapar.

Apa yang kami lakukan pada Nayla ialah kami beri makanan basah pada jam 8 malam dan ajaknya bermain sehingga letih. Sebelum masuk tidur kami beri sedikit lagi makanan kering supaya Nayla tak kelaparan sepanjang malam. Dan tidur malam kami takkan terganggu sebelum jam menunjukkan pukul 5.


No comments:

Post a Comment