Nayla pun beberapa kali buat benda yang sama, kadang-kadang tangan dan kakinya bergerak-gerak macam sedang berjalan. Mengigaukah?
Baru-baru ni saya buat sedikit pembacaan dan saya terjumpa artikel di laman web seperti Purina.com dan Petful.com.
Kesimpulan daripada semua artikel tu ialah kucing juga bermimpi. Kadang-kadang mereka mengigau. Apa yang mereka mimpikan? Menurut artikel tersebut mereka mimpi bersiar-siar dan menangkap mangsa. Dalam kata lainnya mereka mimpi aktiviti seharian yang dilakukan sewaktu sedar.
Di bawah ni ialah video Nayla mengigau baru-baru ini. Kerap juga kucing ni mengigau.
No comments:
Post a Comment