Dulu kami cuma tahu kucing betina dikasi dengan satu cara: pembuangan sistem reproduktif melalui pembedahan. Sampailah kejadian baru-baru ini.
Nayla Nia
Saturday, July 7, 2018
Monday, February 19, 2018
Memilih Pet Boarding
Semalam kami hantar Nayla dan Nia untuk lion cut di sebuah pet shop di kampung halaman. Kami tinggal mereka di kaunter dan balik ke rumah.
Beberapa jam kemudian pemilik pet shop telefon memaklumkan kami sudah boleh ambil semula kedua-duanya. Beliau mohin maaf sebab lion cut cuma boleh dibuat untuk Nia saja, Nayla terlalu agresif, proses mencukur tak boleh dihabiskan.
Masa sampai di pet shop, ternyata Nayla memang agresif. Kesan cakaran masih segar di tangan staf kedai. Tertanya-tanya jugak kenapa karakter manjanya berubah sampailah saya teringat sesuatu.
Tuesday, December 5, 2017
Nia Si Kucing Hitam
Nia kami ambil September haritu. Anak kucing hitam, berusia 2 bulan, 1.2kg. Betina dan sama macam Nayla, Nia ialah anak kucing jalanan.
Sunday, July 23, 2017
Adakah Kucing pun Bermimpi?
Kali pertama soalan ni timbul di benak saya ialah 20 tahun dulu. Waktu tu saya ternampak kucing kami menggerak-gerakkan mulut sewaktu tidur. Gayanya sama macam kucing yang bersedia nak menerkam mangsa.
Nayla pun beberapa kali buat benda yang sama, kadang-kadang tangan dan kakinya bergerak-gerak macam sedang berjalan. Mengigaukah?
Baru-baru ni saya buat sedikit pembacaan dan saya terjumpa artikel di laman web seperti Purina.com dan Petful.com.
Kesimpulan daripada semua artikel tu ialah kucing juga bermimpi. Kadang-kadang mereka mengigau. Apa yang mereka mimpikan? Menurut artikel tersebut mereka mimpi bersiar-siar dan menangkap mangsa. Dalam kata lainnya mereka mimpi aktiviti seharian yang dilakukan sewaktu sedar.
Di bawah ni ialah video Nayla mengigau baru-baru ini. Kerap juga kucing ni mengigau.

Friday, April 7, 2017
Jaring Kucing di Pintu
Tinggal di flat setiap unit rumah kelihatan sama, ada kemungkinan kucing yang keluar akan kesesatan. Jadi Nayla kami tak benarkan keluar bermain sendiri tanpa pengawasan.
Untuk mengelakkan "escapism", kami pasangkan jaring pada grill pintu utama. Oleh kerana kucing ialah haiwan yang pandai memanjat, jaring dipasang dari hujung bawah sampai hujung atas grill.
Jaring yang kami gunakan ialah yang berwarna hijau, diperbuat daripada logam sebelum disalut dengan polimer hijau. Ada dijual di kedai-kedai hardware.
Untuk mengelakkan "escapism", kami pasangkan jaring pada grill pintu utama. Oleh kerana kucing ialah haiwan yang pandai memanjat, jaring dipasang dari hujung bawah sampai hujung atas grill.
![]() |
Masa ni baru siap 2/3, dia dah panjat sampai hujung jaring. |
Jaring yang kami gunakan ialah yang berwarna hijau, diperbuat daripada logam sebelum disalut dengan polimer hijau. Ada dijual di kedai-kedai hardware.
![]() |
Gulungan jaring yang belum dibuka |
Sunday, January 1, 2017
Tandas Kucing
Atas permintaan kawan-kawan, post kali ni berkaitan tandas. Di mana kucing nak keluarkan sisa toksik mereka?
Secara amnya pemilik kucing ada 3 pilihan; latih kucing menggunakan alam semulajadi, menggunakan litter box atau ajar mereka menggunakan tandas rumah.
Secara amnya pemilik kucing ada 3 pilihan; latih kucing menggunakan alam semulajadi, menggunakan litter box atau ajar mereka menggunakan tandas rumah.
Saturday, November 5, 2016
Kenapa Leash?
Untuk kucing yang tinggal di rumah comel seperti flat dan apartment, ruang bermain agak terhad, mereka boleh dibawa berjalan-jalan di luar rumah untuk mengambil angin. Sesi jalan-jalan juga baik untuk senaman bagi kucing yang menghabiskan banyak masa di dalam rumah (indoor cats).
Daripada hasil bacaan saya, indoor cat lebih selamat dipakaikan leash (tali yang diikat di leher mereka) ketika di luar rumah. Leash berfungsi:
Daripada hasil bacaan saya, indoor cat lebih selamat dipakaikan leash (tali yang diikat di leher mereka) ketika di luar rumah. Leash berfungsi:
- Membantu pemilik mengawal pergerakan kucing. Kucing yang jarang keluar mungkin excited atau resah bila di luar, memungkinkan mereka lari dan sesat. Kali pertama bawa Nayla ke padang, dia lari ikut orang lain, habis nafas nak mengejar.
- Menjaga keselamatan kucing. Contohnya waktu anda berjalan di tepi jalan raya ada lori membunyikan hon, kucing mungkin terkejut dan berlari ke tengah jalan. Leash dapat menghalang situasi seperti ini.
- Mendisiplinkan kucing. Ini tujuan utama saya pakaikan leash pada Nayla sebelum keluar berjalan, saya mahu dia tahu bila leash diregangkan dia tak boleh pergi ke tempat itu. Contohnya seperti dalam video di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)